LAMAN UTAMA

Home / LAMAN UTAMA

Kata – Kata Aluan Dari Penaung

 

Syukur kehadrat Ilahi, atas limpah nikmat dan kurniaNya website www.afats.com.my ini berjaya dibina. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Brader Presiden Hj Hanafiah Ibrahim dan AJK yang sentiasa berusaha menjadikan persatuan bergerak maju merentas masa.

Komitmen yang ditunjukkan oleh setiap orang ahli jawatankuasa yang dilantik sememangnya saya kagumi dan mereka kekal dalam sanubari sebagai tenaga kerja yang sentiasa dipandang tinggi.

Semua brader AFATS adalah bersahabat, oleh itu marilah kita merapatkan perhubungan silatulrahim antara kita

Sahabat yang baik ibarat mentari yang bersinar
Sahabat yang setia ibarat pewangi yang mengharum
Sahabat sejati ibarat pendorong impian
Sahabat berhati mulia ibarat bintang berkelipan

Akhirulkalam, saya berharap semua bekas-bekas perantis SPPAT, SPPTD dan Bekas Perantis ATM dapat mengambil munafaat dari jaringan ini untuk bahan rujukan dan alat perhubungan antara kita.

Wabillahi taufik Walhidayah Wassalaimualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

————————————————————–


Lt. Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Aziz Bin Ibrahim (Bersara)
Penaung