AFATS (SEKOLAH)

Home / AFATS (SEKOLAH)

Merungkap sejarah Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera telah ditubuh pada 1 April 1968 daripada cetusan minda Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Husin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu. Bertujuan untuk melatih anak-anak muda lepasan Sijil Rendah Pelajaran (PMR) untuk menjalani latihan akademik, teknikal dan ketenteraan selama 3 tahun bagi melayakkan mereka untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan teknikal Angkatan Tentera Malaysia.

Lokasi asal SPPAT ialah di Sebelah Sekolah Jurutera Elektrik dan Jentera, Sirusa, Port Dickson dan pentadbirannya adalah di bawah kelolaan Sekolah JLJ. Pada mulanya modul latihan di SPPAT dilaksanakan sapertimana modul di Army Boys Trade School Singapura (British Army) tetapi kemudiannya modul pelajaran telah diubah di mana penuntut-penuntut dibenarkan mengambil MCE (Malaysian Certificate of Education) iaitu sekarang ini ialah SPM.

Pengambilan pertama terdiri daripada 60 orang perantis pada tahun 1968 dan mereka berjaya menamatkan kursus selama 3 tahun pada 3 April 1971 dan latihan selama 3 tahun dengan mengambil peperiksaan MCE berlangsung sehingga perantis pengambilan ke-10 sahaja.

Pada tahun 1978 ATM telah menukar haluan pengambilan perantis kepada 3 kategori iaitu A, B & C. Pengambilan ke -11 hingga pengambilan ke-14 pada tahun 1981 (4 intakes only) Perantis Putera Kategori A mengikuti kursus selama 2 tahun sahaja dan tidak mengambil peperiksaan SPM. Perantis Putera Kategori B dilatih selama 6 bulan sahaja ( Kategori A & B dilatih di SPPAT, Port Dickson) dan Kumpulan Perantis Putera Kategori C pula tidak dilatih di SPPAT tetapi dilatih di lain-lain Kor atau Rejimen selama 6 bulan sahaja). Walaupun tidak menduduki peperiksaan SPM namun penuntut-penuntut SPPAT yang terbaik dipilih menyambung pelajaran ke Politeknik Ungku Omar Ipoh untuk mengikuti kursus dalam Persijilan dan Diploma. Ramai perantis yang dengan inisiatif sendiri telah mengambil peperiksaan SPM secara persendirian.


Pada awal tahun 1982 iaitu Pengambilan ke 15, sekolah telah dipindahkan ke Kem Segenting, Batu 10 Port Dickson kerana jumlah pengambilan perantis telah ditambah dan bagi menampung pertambahan bilangan peserta kursus Kategori A & B. Pengambilan Pada tahun 1982 ini juga perantis telah dibenarkan semula untuk menduduki peperiksaan SPM.

Pada tahun 1987 pihak TLDM dan TUDM tidak lagi mengambil anggota SPPAT sebagai juruteknik kerana kedua-dua perkhidmatan telah menubuhkan institut teknikal mereka sendiri.

Justeru itu pada 12 Ogos 1988 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) dan melatih perantis untuk Tentera Darat sahaja khususnya Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD).

Mulai tahun 1992 latihan bagi perantis SPPTD telah dilaksanakan secara integrasi iaitu perantis perlu menduduki peperiksaan SPM dan pada masa yang sama, perantis juga mengikuti kurikulum latihan ketukangan JLJ dalam tred Automotif, Elektronik dan Mekanikal.

Pada tahun 1994, SPPTD telah berpindah ke tempat asalnya di Kem SiRusa dan berada di bawah pentadbiran dan pengurusan Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED).

Pada 14 Julai 2001, SPPTD telah diberi pengiktirafan Sekolah Bestari oleh Menteri Pertahanan (pada masa itu) Datuk Seri Najib Tun Razak.


Bermula pertengahan 2003, IJED telah mengadakan program Diploma Teknologi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan hanya perantis yang mendapat sekurang-kurang 5 kredit dalam SPM yang layak mengikuti program tersebut.
Di samping itu para perantis juga berpeluang untuk mengikuti Kursus Kejuruteraan Avionik dan Kejuruteraan Aeronautikal di Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan seterusnya berkhidmat sebagai juruteknik pesawat.

Bermula pada 2009, SPPTD telah mengaplikasikan program pembelajaran Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) dan SPPTD telah menjadi sekolah peneraju dalam mengaplikasikan MPAV sepenuhnya.eraju dalam mengaplikasikan MPAV sepenuhnya.