AFATS (PERSATUAN)

Home / AFATS (PERSATUAN)

 

Sejarah Penubuhan Persatuan Bekas Perantis Putera Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera bermula daripada cetusan hasrat dan keinginan Bekas-bekas Penuntut SPPAT yang menginginkan agar hubungan silatulrahim diantara pengambilan dan semua bekas perantis SPPAT/SPPTD samada masih di dalam perkhidmatan Tentera dan telah bersara digabungkan dan dieratkan di bawah satu payung persatuan. Dengan kerjasama dari bekas-bekas perantis yang berkhidmat dan tinggal di sekitar Lembah Klang, maka sebuah kelab yang dinamakan Kelab Bekas Penuntut AFATS telah ditubuhkan pada Januari 1994 dan diketuai oleh Brader G5 Lt Kol Md Sani Bin Hj Ahmad (bersara Brig Jeneral) sebagai Presiden dan dianggotai oleh beberapa orang AJK.

Kelab Bekas Penuntut AFATS telah mengadakan perjumpaan pertama bekas-bekas perantis telah diadakan pada 11 Mei 1996 bertempat di Kelab Golf Jabatan Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan telah dihadiri seramai lebih 160 orang dari perbagai pengambilan.

Pada 30 Disember 2005 Kelab ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Pertubuhan Malaysia dan dinamakan Persatuan Bekas Perantis Putera Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera dan didaftarkan pada 30 Disember 2005 dan di ketuai oleh Presiden Pertama Brader G2 Haji A Rashid bin Adam. Penggunaan nama AFATS dikekalkan mengambil singkatan nama dari Bahasa Inggeris iaitu Association of Former Apprentices of Trade Schools.

Tarikh 1 haribulan April telah dipilih sebagai hari AFATS berdasarkan kepada tarikh penubuhan Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera iaitu pada 1 April 1968.

Persatuan terus maju kehadapan dengan mengadakan beberapa program saperti Majlis Berbuka Puasa, Majlis Perjumpaan Hari Raya dan Majlis Hari Keluarga.

Sepanjang perjalanan Kelab dan Persatuan ini telah di pimpin oleh beberapa orang Presiden:

1. Dato’ Pahlawan Haji Md Sani Bin Haji Ahmad
2. Haji A Rashid Bin Adam
3. Dato’ Kamaludin Bin Janis
4. Dato’ Hamid Bin Haji Salleh
5. Haji Mohd Imran Bin Hamid
6. Haji Hanafiah Bin Ibrahim
7. Dato’ Husin
8. Dato’ Haji Kamarudin Bin Haji Saidon
9. Haji Hanafiah Bin Ibrahim